“Arwah Mak Masuk Burn RM10k..” – Suami Heliza Helmi Didakwa ‘Scammer’ Libatkan Wang?

2 May 2023 • 10:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial Facebook apabila suami kepada penyanyi dan aktivis Heliza Helmi, Dato’ Sri Mahadi didakwa oleh sesetengah netizen sebagai ‘scammer’ dalam sebuah pelaburan melibatkan wang.

Pendedahan itu dilakukan oleh laman Facebook Pseudoscience Watch (PW) yang sememangnya terkenal dengan pembongkaran modus operandi melibatkan ‘scammer’ pelaburan dan perniagaan di media sosial.

Difahamkan, DS Mahadi ada memperkenal skema simpanan eksklusif serendah RM20 yang menjanjikan pulangan tunai antara 17% – 70% setiap tahun selama 30 tahun antaranya.

Menurut PW, pelan pelaburan yang diperkenalkan Mahadi itu adalah 100% amalan riba dan hanya ‘menunggang agama’ semata-mata.

Berikutan dakwaan itu, suami penyanyi itu telah mengeluarkan kenyataan peringatan kepada laman Facebook berkenaan di mana dia telah membuat laporan polis atas tuduhan memfitnah dirinya.

Menurut Mahadi, pendedahan PW itu adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasi syarikat serta bersifat serangan peribadi.

Dia juga telah mengarahkan agar pengendali page tersebut untuk memadam kenyataan mereka di Facebook sebelum disaman dan diambil tindakan undang-undang.

image is not available 2 hari lalu

"Aku Tengah Baring Diorang Call, Aku Jawab La Macam Biaso" - Hattan Tak Tahu Temu Bual Rupanya 'Live'?