“Arwah Tidak Sempat Melihat LRT3 Siap” – Anak Sambung Legasi Ayah Dalam Industri Rel Hampir 30 Tahun

1 Jul 2026 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ketika ribuan penumpang menaiki LRT3 buat pertama kali minggu ini, seorang jurutera penyelenggaraan, Emir Irfan Mohd Zufri turut mencipta detik bermakna apabila meneruskan legasi arwah bapanya yang memulakan kerjaya dalam industri rel hampir tiga dekad lalu.

Menerusi satu hantaran di Threads, lelaki berusia 32 tahun itu berkongsi dua keping gambar yang dirakam dengan jarak hampir 30 tahun.

Advertisement

Emir irfan

Salah satu gambar memaparkan arwah bapanya berada di dalam tren SkyTrain di Vancouver ketika menjalani latihan Testing and Commissioning (T&C) bagi sistem rel bandar tanpa pemandu pertama Malaysia pada tahun 1997.

Manakala gambar kedua menunjukkan Emir berada di dalam tren LRT3 ketika menjalani fasa T&C sebelum laluan itu mula beroperasi.

Emir yang berasal dari Shah Alam berkata, bapanya dihantar ke Vancouver pada tahun 1997 sebagai persediaan sebelum pelancaran Putra LRT, yang kini dikenali sebagai Laluan Kelana Jaya dan mula beroperasi pada tahun 1998.

Hampir tiga dekad kemudian, Emir pula berpeluang menjalankan proses T&C bagi Laluan LRT3 Shah Alam.

d

“Mengulang kisah yang sama. Saya perlu mengikuti tren melalui pelbagai proses ujian dan pentauliahan (T&C) untuk memahami sistem penyelenggaraan. Banyak perkara yang perlu dipelajari.”

Menurut Emir, arwah bapanya berkhidmat selama 25 tahun dalam industri rel, bermula sebagai perancang operasi di Pusat Kawalan Operasi Laluan Kelana Jaya sebelum dinaikkan pangkat sebagai pengurus.

Di penghujung kerjayanya, arwah turut menyelia sistem kutipan hasil Laluan Kelana Jaya serta terlibat dalam peringkat awal pembangunan projek LRT3 sebelum bersara pada tahun 2021.

Bagaimanapun, bapanya tidak sempat menyaksikan projek itu siap sepenuhnya.

“Arwah ayah saya tidak sempat melihat LRT3 siap, walaupun beliau terlibat sejak peringkat awal projek sebelum bersara pada tahun 2021.”

Emir berkata, beliau menyertai industri rel sebagai jurutera penyelenggaraan pada penghujung tahun 2020 dengan memulakan kerjaya di Laluan MRT Putrajaya sebelum berpindah ke projek LRT3 pada tahun 2023.

“Semasa ayah masih ada, beliau selalu bertanya perkembangan LRT3. Rasa macam saya sedang memberi laporan kepada bos setiap kali beliau bertanya.”

Walaupun membesar melihat kerjaya bapanya dalam industri rel, Emir mengakui tidak pernah menyangka akan menceburi bidang yang sama kerana sebelum ini beliau mengambil jurusan automotif.

Laluan LRT3 Shah Alam yang mula beroperasi secara rasmi pada Ahad lalu merupakan laluan rel terbaharu di Lembah Klang yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

s2026-07-01 11:11:34

"Waris Tak Mampu Bayar Kos Urus Jenazah RM1,500, Jenazah Kena 'Sidai' Dibiar Bersemut" - UKJV

The post “Arwah Tidak Sempat Melihat LRT3 Siap” – Anak Sambung Legasi Ayah Dalam Industri Rel Hampir 30 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved