AS$1 bersamaan RM6.24 adalah tidak tepat: BNM

Business & Finance
6 Feb 2024 • 5:42 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan bahawa data kadar pertukaran ringgit (RM) kepada dolar Amerika (AS$) yang dicatatkan melalui Google dan tular di laman media sosial adalah tidak tepat.

Pertukaran itu diterbitkan oleh Google pada semalam (5 Februari) yang menyaksikan AS$1 bersamaan RM6.24.

BNM dalam kenyataannya berkata, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi AS$/RM yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara RM4.7480 dengan RM4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan melalui laman sesawang BNM.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit,” kata BNM. - 6 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved