AS adakan perbincangan sulit dengan Myanmar 

WorldPolitics
19 Oct 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS adakan perbincangan sulit dengan Myanmar 

TOKYO: Amerika Syarikat (AS) dan pentadbiran Myanmar mengadakan perbincangan sulit di Tokyo pada minggu lalu yang juga pertemuan kedua dalam tempoh sebulan ketika Washington mula meningkatkan semula hubungan diplomatik dengan junta tentera yang dipulaunya sejak rampasan kuasa pada 2021.

Lapor Reuters, perbincangan terdahulu di ibu negara Myanmar, Naypyitaw pada pertengahan September lalu tertumpu kepada usaha membebaskan seorang ahli perniagaan AS dan menutup pusat-pusat penipuan dalam talian yang menyasarkan warga AS.

Namun, pertemuan tersebut dipercayai boleh membuka jalan kepada perbincangan yang lebih luas, termasuk potensi deposit mineral nadir bumi di Myanmar.

Penolong Setiausaha Negara AS bagi Perisikan dan Penyelidikan, Michael Vance sekali lagi mengetuai rundingan di Tokyo yang turut melibatkan lebih belasan pegawai AS. Bagaimanapun, identiti wakil yang memimpin delegasi Myanmar tidak dapat dipastikan.

Jabatan Negara AS enggan mengulas mengenai kehadiran Vance dalam delegasi tersebut tetapi mengesahkan biro yang dipimpinnya tidak memainkan peranan utama dalam dasar AS terhadap Myanmar. 

Seorang jurucakap menyatakan Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar berkenaan, manakala biro pimpinan Vance hanya membekalkan maklumat inteligensi.

Wakil jurucakap kerajaan pimpinan tentera Myanmar tidak memberi sebarang maklum balas ketika diminta ulasan. 

Sementara itu, Kementerian Luar Jepun menerusi kenyataan emel memaklumkan pihaknya sentiasa berkomunikasi mengikut keperluan dengan kedua-dua belah pihak, namun enggan mengulas lanjut mengenai urusan diplomatik secara khusus. 

The post AS adakan perbincangan sulit dengan Myanmar  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved