AS Bakal Gantung Proses Permohonan Visa 75 Buah Negara

WorldPolitics
15 Jan 2026 • 5:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal mengantung permohonan visa untuk pelawat dari 75 buah negara berkuatkuasa 21 Januari depan.

Menurut laporan Fox News yang memetik memo Jabatan Negara AS, negara-negara yang terlibat dalam penggantungan tersebut termasuklah Iran, Rusia, Somalia, Brazil, Afghanistan, Nigeria dan Thailand.

Kandungan memo itu turut mengarahkan semua kedutaan AS menolak sebarang permohanan visa di bawah undang-undang sedia ada sementara jabatan itu menilai semula prosedurnya.

Sementara itu, pelaksanaan langkah tersebut dibuat ketika Trump mengambil tindakan keras terhadap imigresen sejak memegang jawatan pada Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, tempoh masa penggantungan itu tidak dinyatakan secara rasmi.

Pada masa yang sama, Trump berikrar untuk menghentikan penghijrahan daripada semua negara secara kekal susulan insiden tembakan berhampiran White House oleh seorang warganegara Afghanistan yang mengakibatkan seorang anggota Pegawal Kebangsaan terkorban.

Sehingga kini, tiada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS berhubung laporan terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved