AS bakal umum tarif baharu terhadap 12 negara Isnin ini

5 Jul 2025 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA, 5 JUL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata bahawa Washington akan mengumumkan kadar tarif baharu terhadap sehingga 12 negara pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya telah tandatangan beberapa surat dan ia akan dihantar pada Isnin. “Kemungkinan besar akan ada 12 jumlah berbeza, kadar tarif berbeza dan kenyataan berbeza untuk setiap satu,” katanya kepada wartawan.

Ketika ditanya negara mana yang akan terlibat, Trump enggan menyatakan secara terperinci.

“Anda akan dimaklumkan. Saya perlu umumkannya pada Isnin,” katanya ringkas.

Rumah Putih tidak memberikan maklumat lanjut mengenai sektor yang disasarkan atau kadar tarif yang bakal dikenakan.

Pengumuman itu dijangka merangkumi pelbagai kadar tarif dan kenyataan berasingan bagi setiap negara yang terlibat.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved