AS bedil Pulau Qeshm milik Iran

18 Nov 2026 • 8:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: AS bedil Pulau Qeshm milik Iran

TEHRAH – Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Pulau Qeshm milik Iran di Selat Hormuz semalam, hanya beberapa jam selepas Pengawal Revolusi Iran mendakwa telah menyerang sebuah pangkalan tentera yang digunakan Washington di Bahrain.

Selat Hormuz, laluan strategik utama bagi penghantaran minyak dan gas dunia, kini menjadi tumpuan utama dalam konflik Asia Barat yang menemui jalan buntu, dengan tentera AS giat mengawal keselamatan kapal dagang di laluan air itu bagi mematahkan cubaan Tehran untuk menutupnya.

Menurut seorang pegawai AS yang enggan dikenali, jet pejuang AS telah menggunakan peluru berpandu berketepatan tinggi untuk membedil tapak pelancaran peluru berpandu milik Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Pulau Qeshm sebagai tindak balas terhadap provokasi Tehran yang menyasarkan anggota serta aset AS.

Bagaimanapun, agensi berita rasmi Iran, IRNA yang memetik seorang pegawai wilayah melaporkan bahawa serangan udara itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakan serius di pulau berkenaan.

Di sebalik langkah kedua-dua negara yang masih mengelak daripada mencetuskan semula perang berskala penuh, ketegangan di rantau itu terus memuncak. – AFP

The post AS bedil Pulau Qeshm milik Iran appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved