AS Dakwa Selat Hormuz Bakal Dibuka Bebas Tol Bawah Perjanjian Damai Iran

WorldPolitics
16 Jun 2026 • 11:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu laluan kapal di Selat Hormuz nampaknya kembali jadi perhatian dunia selepas Amerika Syarikat memaklumkan kapal yang melalui kawasan strategik itu dijangka boleh bergerak tanpa tol.

Perkara itu dikaitkan dengan kerangka perjanjian damai Iran yang ditandatangani Presiden Donald Trump. Namun, manfaat ekonomi untuk Tehran tidak akan datang begitu sahaja kerana Iran perlu memenuhi komitmen yang sudah dipersetujui terlebih dahulu.

Selat Hormuz jadi keutamaan segera

selat hormuz

Menurut pegawai kanan pentadbiran Trump, manfaat ekonomi itu termasuk kemungkinan dana pembinaan semula bernilai AS$300 bilion untuk Iran.

Namun, dana tersebut tidak akan diberikan begitu sahaja. Ia dikatakan akan bergantung kepada prestasi Iran dalam memenuhi syarat perjanjian.

Presiden mahu menandatanganinya secara peribadi kerana beliau mahu menunjukkan dedikasinya terhadap proses itu.- Kata salah seorang pegawai AS.

Rundingan nuklear belum selesai

iran

Trump, Naib Presiden AS JD Vance dan Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf dilaporkan menandatangani memorandum persefahaman itu secara elektronik pada Ahad.

Bagaimanapun, Vance mengakui dokumen tersebut masih terlalu umum dan belum menyelesaikan isu paling sensitif, terutama program nuklear Iran.

Vance dijangka mengetuai rundingan teknikal minggu ini dan menghadiri majlis menandatangani perjanjian fizikal di Geneva, Switzerland. Jared Kushner dan Utusan Khas Timur Tengah, Steve Witkoff turut dijangka hadir.

Iran dakwa bukan tol, tapi yuran perkhidmatan

iran

Trump sebelum ini berkata Selat Hormuz akan dibuka sepenuhnya mulai Jumaat. Namun, beliau turut memaklumkan operasi memburu masih dijalankan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada ancaman.

Pegawai AS berkata trafik perkapalan dijangka kembali ke tahap sebelum perang dalam beberapa minggu akan datang, walaupun sudah ada peningkatan ketara ketika ini.

Dalam masa sama, Kementerian Luar Iran pada Isnin berkata perjanjian itu membenarkan mereka mengenakan yuran perkhidmatan maritim ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz, bukannya tol.

Pssttt! Isu Selat Hormuz ini memang besar kesannya sebab ia boleh beri impak kepada harga minyak dan ekonomi global. Harapnya rundingan ini benar-benar bawa jalan damai, bukan sekadar cantik di atas kertas.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post AS Dakwa Selat Hormuz Bakal Dibuka Bebas Tol Bawah Perjanjian Damai Iran appeared first on Oh! Media.