AS didakwa mahu kuasai Cuba selepas sekat ekonomi

WorldPolitics
28 Jul 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS didakwa mahu kuasai Cuba selepas sekat ekonomi

HAVANA: Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel pada Ahad mengecam tekanan berterusan Wa­shington terhadap negara­nya sebagai ‘dasar pembunuhan beramai-ramai’ dan menuduh Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk menguasai pulau itu.

Selain sekatan ekonomi yang berlangsung selama beberapa dekad, AS di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap negara komunis  itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Trump bertindak mengenakan sekatan minyak secara berkesan dan ekonomi lebih ketat ke atas negara itu.

Kempen tekanan itu dibuat selepas AS menggulingkan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, pada Januari lalu, sekali gus menyingkirkan sekutu utama kepimpinan komunis Cuba dan menjejaskan bekalan minyak yang selama ini stabil.

Tindakan  itu  menyebabkan kemerosotan besar dalam sektor pelancongan, penghijrahan ba­nyak syarikat asing dan pe­ngurangan aliran masuk mata wang asing ke negara itu.

AS menegaskan Cuba yang mempunyai hubungan rapat dengan Russia dan China, me­rupakan ancaman keselamatan kepada rantau itu selain didakwa melanggar hak rakyatnya.

Sekatan terbaharu AS itu yang diumumkan pada Khamis.

“Perjuangan bersejarah Cuba hari ini adalah menentang tembok dasar pembunuhan beramai-ramai yang matlamatnya adalah untuk ‘mencekik’ seluruh rakyat demi menguasai negara ini,” kata pemimpin Cuba itu ketika berucap di wilayah barat Pinar del Rio.

Diaz-Canel menghadiri sam­bu­tan ulang tahun ke-73 sera­ngan ke atas berek Moncada pada 1953 diketuai Fidel Castro yang juga pemimpin Cuba.

“Embargo itu adalah senjata perang dan ia menyebabkan kematian,” kata presiden berke­naan, sambil mendakwa Washington cuba mencetuskan letupan sosial di Cuba dan negara lain dengan tujuan tunggal untuk mewujudkan kerajaan yang selari dengan kepentingan imperialisnya.

Krisis tenaga di negara kepulauan yang mempunyai 9.4 juta penduduk itu menyebabkan beberapa gangguan bekalan elektrik di seluruh negara dan pernah berlarutan sehingga 30 jam di ibu negara serta beberapa hari di wilayah lain.

Berikutan ketidakpuasan hati yang semakin meningkat terhadap krisis berkenaan, Diaz-Canel pada Ahad menggesa rakyat supaya bersatu dan menekankan pelaksanaan transformasi ekonomi serta sosial.

Kerajaan Cuba pada Jun lalu melaksanakan beberapa pembaharuan besar berorientasikan pasaran bebas. Namun, ia berulang kali menegaskan model politik negara itu tidak boleh dipersoalkan dan berikrar menentang sebarang pencerobohan ketenteraan. – AFP

 

The post AS didakwa mahu kuasai Cuba selepas sekat ekonomi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved