AS: Hampir 140 penumpang kapal persiaran jatuh sakit

WorldHealth & Fitness
2 Feb 2024 • 8:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LOS ANGELES: Seramai 139 penumpang kapal persiaran di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan dijangkiti penyakit gastrousus, menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, lapor Xinhua.

Kapal persiaran “Queen Victoria” yang dikendalikan oleh Cunard Cruise Line berlepas dari Florida pada 22 Jan dan dijangka tiba di Hawaii pada 12 Feb.

Seramai 123 daripada 1,824 penumpang kapal dilapor mengadu sakit sepanjang pelayaran. Selain itu, seramai 16 daripada 967 kru turut dijangkiti penyakit berkenaan.

Menurut CDC, pesakit mempunyai gejala, termasuk cirit-birit dan muntah manakala punca penyakit masih tidak diketahui.

Sementara itu, pihak syarikat dan kru kapal meningkatkan prosedur pembersihan dan pembasmian kuman dengan penumpang dan kru yang sakit telah diasingkan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved