AS-Israel Serang Pulau Kharg

WorldPolitics
7 Apr 2026 • 10:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

AS-Israel Serang Pulau Kharg

Beberapa letupan kedengaran di Pulau Kharg, Iran yang terletak di Teluk Parsi susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, lapor media Iran menerusi Anodolu Ajensi.

Difahamkan, bahawa pesawat pejuang AS dan Israel telah melancarkan beberapa serangan udara ke atas pulau tersebut, sehingga mencetuskan siri letupan besar.

Sementara itu, portal CNN turut melaporkan AS telah menyerang sasaran ketenteraan dipulau berkenaan.

Bagaimaapun, serangan tersebut tidak menyasarkan kemudahan minyak, menurut seorang pegawai AS.

Naib Presiden AS, JD Vance turut mengesahkan serangan terbaharu AS ke atas Pulau Kharg tersebut.

Beliau bagaimanapun namun menyatakan serangan itu tidak melambangkan perubahan strategi menjelang tempoh akhir jam 8 malam ET (waktu Timur) yang ditetapkan oleh Trump bagi mendesak Iran membuka Selat Hormuz.

Baca juga:

Sehingga kini, masih tiada maklumat mengenai jumlah mangsa terkorban dan skala kemusnahan yang dialami.

Sebelum ini Presiden AS, Donald Trump pada minggu lalu menyatakan bahawa semua sasaran tentera di Pulau Kharg "akan musnah sepenuhnya."

Tambah Trump, beliau menyatakan minat untuk mengawal bekalan minyak Iran, serta memberi bayangan untuk merampas pulau berkenaan.

Untuk maklumat, Pulau Kharg merupakan terminal eksport minyak utama Iran.

Sejak konflik yang tercetus pada 28 Februari lalu, lebih 1,340 nyawa, termasuk Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei terkorban selepas Israel dan AS melancarkan serangan besar-besaran.