AS kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul

6 Nov 2024 • 9:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Calon Republikan Trump, 78, menewaskan calon Demokrat Kamala Harris dalam pilihan raya presiden AS 2024 yang diadakan pada Selasa.

Tengku Zafrul menerusi hantaran di platform ‘X’ beliau pada Rabu berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.

"AS secara konsisten menjadi salah satu rakan dagangan utama Malaysia dan antara pelabur terbesar di negara kita. Hubungan antara rakyat kedua-dua negara menjangkau generasi, merentasi pelbagai bidang seperti pendidikan, serta keluarga dan persahabatan.

"Saya berharap -- terutamanya dengan Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 -- untuk dapat bekerjasama dengan rakan sejawatan saya dalam pentadbiran baharu AS bagi mengukuh dan menambahkan lagi manfaat bersama, sama ada secara dua hala atau pelbagai hala," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved