AS Kembali Lancar Serangan Baharu, Iran Ugut Tindak Balas

WorldPolitics
8 Jul 2026 • 8:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

AS Kembali Lancar Serangan Baharu, Iran Ugut Tindak Balas

AS Kembali Lancar Serangan Baharu, Iran Ugut Tindak Balas

Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah melancarkan siri serangan ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas tiga kapal komersial di Selat Hormuz, lapor BBC News.

Komando Pusat AS (CENTCOM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan serangan berkenaan.

AS mendakwa telah memulakan serangan tersebut untuk mengenakan kos yang tinggi kerana menyasarkan dan menyerang kapal komersial yang dikemudikan oleh individu tidak bersalah di laluan air antarabangsa.

"Ia sebagai tindak balas terhadap serangan Iran

"Keagresifan yang ditunjukkan oleh Iran adalah tidak berasas, berbahaya, dan merupakan pelanggaran jelas terhadap gencatan senjata," katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan menteri luar Iran menyifatkan serangan AS itu sebagai pelanggaran memorandum AS-Iran yang ditandatangani bulan lalu, dan memberi amaran bahawa Tehran akan mengambil langkah tegas.

Media kerajaan Iran melaporkan bahawa serangan itu telah mengenai pulau Qeshm, Bandar Abbas, dan Sirik, di mana beberapa orang mengalami kecederaan akibat serpihan peluru. Tiada kematian dilaporkan

Sebelum serangan tersebut, Perbendaharaan AS pada awal hari Selasa telah membatalkan pengecualian yang sebelum ini menarik balik sekatan minyak ke atas Iran secara sementara.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved