AS kini pengeluar minyak terbesar dunia – Trump

WorldPolitics
10 Sep 2026 • 1:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS kini pengeluar minyak terbesar dunia – Trump

DALLAS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa negara itu kini muncul sebagai pengeluar minyak terbesar dunia, selepas turut mengambil kira rizab minyak Venezuela yang dianggarkan mencecah 65 bilion tong.

Trump berkata, penglibatan AS dalam sektor tenaga Venezuela berpotensi menghasilkan ‘perjanjian terbesar dalam sejarah negara’.

“Sekarang kita adalah yang terbesar di dunia, dan itu tanpa Venezuela, yang baru sahaja kita masukkan ke dalam simpanan kita,” katanya ketika berucap pada satu perhimpunan di Dallas, Texas, semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas Rumah Putih mendedahkan butiran perjanjian tenaga membabitkan syarikat North American Blue Energy Partners (NABEP) dan kerajaan AS.

Menerusi perjanjian itu, NABEP akan memberikan Pejabat Modal Strategik Pentagon pegangan ekuiti sebanyak 35 peratus dalam syarikat induknya tanpa sebarang kos kepada pembayar cukai AS.

Trump turut menegaskan kedudukan Venezuela yang mempunyai antara rizab minyak terbesar dunia sebagai sebahagian daripada kepentingan strategik AS dalam sektor tenaga negara berkenaan.

Jabatan Negara AS turut diberikan hak untuk membeli 20 peratus daripada hasil pengeluaran pada kos pengeluaran.

Rumah Putih berkata NABEP memperoleh konsesi selama 100 tahun meliputi 17 medan minyak, manakala Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez, sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai perjanjian selama 25 tahun.

Menurut Rumah Putih, perjanjian berkenaan dijangka menjana hasil royalti dan cukai sebanyak AS$200 bilion (RM812 bilion) dalam tempoh 25 tahun pertama, dengan dana itu akan disalurkan bagi membiayai usaha pembangunan semula dan pembangunan sosial Venezuela.- ANADOLU

The post AS kini pengeluar minyak terbesar dunia – Trump appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved