AS lancar gelombang baharu serangan terhadap Iran

WorldPolitics
30 Jul 2026 • 11:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

AS lancar gelombang baharu serangan terhadap Iran

WASHINGTON, 30 JULAI: Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang baharu serangan terhadap sasaran di Iran sebagai tindak balas terhadap cubaan Tehran menyerang pasukan AS di Asia Barat.

Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan serangan itu bermula pada jam 8 malam waktu Timur (ET) pada 29 Julai dan menyasarkan puluhan lokasi milik Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Menurut CENTCOM, antara sasaran yang diserang ialah pusat pemerintahan tentera, kemudahan peluru berpandu dan dron, tapak pemantauan serta pertahanan pantai, selain aset maritim IRGC.

"Serangan ini adalah tindak balas tegas terhadap cubaan serangan Iran pada 28 Julai ke atas tentera AS yang berpangkalan di Asia Barat," menurut CENTCOM menerusi hantaran di platform X.

AS mendakwa tindakan itu susulan serangan Iran ke atas sebuah pangkalan tenteranya di Jordan pada 28 Julai apabila IRGC melepaskan beberapa peluru berpandu balistik.

Pegawai AS berkata semua peluru berpandu berjaya dipintas, namun insiden itu mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik berskala besar kembali tercetus sehingga menyebabkan harga minyak meningkat.

Terdahulu, Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa Washington akan bertindak balas dengan keras terhadap Iran.

"Kami akan menyerang mereka dengan sangat hebat kerana kini giliran kami untuk bertindak.

"Mereka tahu apa yang bakal berlaku. Mereka merayu supaya kami tidak melakukannya," katanya kepada pemberita di Rumah Putih.

Serangan terbaharu itu berlaku selepas kedua-dua negara menghentikan sementara siri serangan pada penghujung minggu lalu bagi memberi ruang kepada usaha diplomatik.

Bagaimanapun ketegangan kembali memuncak susulan serangan Iran terhadap pangkalan tentera AS di Jordan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved