AS lapor lebih 20,000 kes cacar monyet

7 Sep 2022 • 10:27 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LOS ANGELES: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebih 20,000 kes jangkitan cacar monyet setakat ini.

Sebanyak 20,733 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh negara setakat Selasa, lapor Xinhua.

California merekodkan angka jangkitan paling tinggi dengan 3,833 kes diikuti New York (3,526) dan Florida (2,126).

Setakat ini AS merekodkan kadar jangkitan cacar monyet tertinggi di dunia.

Pentadbiran Presiden Joe Biden berdepan kritikan susulan lambat bertindak balas terhadap wabak cacar monyet, termasuk kegagalan memesan vaksin yang mencukupi, mempercepatkan rawatan dan menyediakan ujian untuk mengelakkan wabak itu.-Bernama