AS: Lebih 5,500 penerbangan dibatalkan susulan ribut salji

27 Dec 2022 • 12:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Lebih 5,500 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat setakat petang Isnin akibat ribut salji, lapor Sputnik memetik Washington Post.

Selain itu, sekurang-kurangnya 50 kematian turut dilaporkan.

Antara negeri yang mencatatkan kes kematian ialah Colorado, Illinois, Kansas, Kentucky, Michigan, Missouri, Nebraska, New York, Ohio, Oklahoma, Tennessee dan Wisconsin.

Bandar Buffalo di timur laut negeri New York yang menyaksikan salji lebat pada hujung minggu mencatatkan korban paling ramai.

Setakat hari ini, sekurang-kurangnya 14 orang telah meninggal dunia, menurut laporan itu.-Bernama