
AS Mulakan Sekatan Keluar Masuk Kapal Di Pelabuhan Iran
Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan mulakan sekatan terhadap semua pelabuhan Iran pada Isnin, lapor AFP.
"Sekatan tersebut akan dikuatkuasakan secara saksama terhadap kapal-kapal dari semua negara yang memasuki atau bertolak dari pelabuhan dan kawasan pesisir Iran, termasuk semua pelabuhan Iran di Teluk Arab dan Teluk Oman," maklum Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) dalam satu kenyataan semalam.
Tambah kenyataan itu, AS tidak akan menghalang kebebasan navigasi bagi kapal-kapal yang transit melalui Selat Hormuz menuju ke dan dari pelabuhan bukan milik Iran.
Langkan berkenaan dibuat selepas menarik balik kenyataan awal Presiden AS Donald Trump di mana beliau menyatakan bahawa sebarang dan semua kapal akan disekat.
Sebelum ini, AS dan Iran telah mengadakan rundingan langsung di Pakistan bagi menamatkan konflik yang bermula pada 28 Februari lalu.
Bagaimanapun, rundingan berkenaan gagal menemui kesepakatan antara kedua-dua belah pihak.


