
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata tenteranya telah memusnahkan beberapa bot peletak periuk api milik Iran dalam operasi ketenteraan terbaru.
Trump pada Selasa memberi amaran kepada Tehran bahawa negara itu bakal berdepan akibat ketenteraan yang belum pernah berlaku sebelum ini jika menyasarkan laluan strategik tersebut.
Kenyataan itu dibuat selepas Iran berikrar bahawa tiada minyak dari Teluk dapat melalui laluan perairan penting itu.
Susulan aktiviti perkapalan yang hampir terhenti di selat berkenaan, harga minyak kekal tidak menentu.
Situasi tersebut menyebabkan harga minyak global kekal tidak menentu susulan hampir terhentinya aktiviti perkapalan di selat berkenaan.
“Saya berbesar hati melaporkan bahawa dalam tempoh beberapa jam ini, kami telah menyerang dan memusnahkan sepenuhnya 10 bot atau kapal peletak periuk api yang tidak aktif. Lebih banyak akan menyusul,” kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya.
Baca juga:
Kapal Selam AS Tenggelamkan Kapal Perang Iran Di Lautan Hindi
Korea Utara Beri Amaran Latihan Tentera Korea Selatan, AS Bawa 'Kesan Buruk'
Bekas Presiden Iran, Ahmadinejad Disahkan Masih Hidup
Iran Dakwa Serang Kapal Tangki Minyak AS
Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan menerusi platform X bahawa jumlah bot peletak periuk api yang dimusnahkan meningkat kepada 16 buah berhampiran Selat Hormuz.
Perkongsian CENTCOM turut memaparkan rakaman video yang menunjukkan beberapa bot diserang peluru berpandu atau projektil lain sebelum meletup.
Iran didakwa mulakan operasi memasang periuk api
Beberapa media AS sebelum ini melaporkan Iran sama ada telah memulakan atau hampir melaksanakan operasi memasang periuk api di Selat Hormuz.
Bagaimanapun, Trump berkata beliau tidak menerima sebarang laporan bahawa tindakan tersebut telah bermula.
Namun, Trump memberi amaran keras kepada Iran mengenai kemungkinan tindakan tersebut.
“Seandainya atas apa jua sebab periuk api diletakkan dan tidak segera dialihkan, kesan ketenteraan terhadap Iran akan berada pada tahap yang belum pernah disaksikan sebelum ini.
"Jika mereka alihkan apa yang mungkin telah dipasang, ia akan menjadi satu langkah yang baik,” katanya.
Tambah beliau, AS turut bakal menggunakan peluru berpandu yang pernah digunakan untuk memusnahkan kapal pengedar dadah di perairan Amerika Latin bagi menghapuskan mana-mana bot peletak periuk api yang ada di selat tersebut.
“Mereka akan ditangani dengan cepat dan keras,” katanya.
