AS nafi cuba tentukan kepemimpinan politik Malaysia

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 9:14 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS nafi cuba tentukan kepemimpinan politik Malaysia

PETALING JAYA: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menafikan dakwaan pernah cuba menentukan kepemimpinan politik Malaysia, sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai palsu.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS, David H. Gamble Jr., berkata AS tidak pernah berusaha menentukan siapa yang menjadi pemimpin politik negara ini.

“AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang menjadi pemimpin politik Malaysia. Sebarang dakwaan yang mengatakan sebaliknya adalah palsu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Penafian itu susulan spekulasi mengenai dakwaan campur tangan AS dalam politik domestik Malaysia.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa wakil Kedutaan AS pernah bertanya kepadanya mengenai calon Perdana Menteri yang dicadangkan parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.

Beliau berkata, pertanyaan itu dikemukakan selepas dua pemimpin utama Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan duta AS.

Ketika penggulungan Muktamar Pas ke-72, Abdul Hadi turut mendakwa kedua-dua pemimpin berkenaan dimaklumkan mengenai kemungkinan menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pentadbiran, selain mendakwa AS bersedia membantu
usaha tersebut.

Kedutaan AS sebelum ini menegaskan hubungan diplomatik dengan Malaysia terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara. – UTUSAN

The post AS nafi cuba tentukan kepemimpinan politik Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved