AS: Patty Murray muncul wanita pertama sandang jawatan Presiden Pro Tem Senat

Politics
4 Jan 2023 • 4:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEATTLE: Senator Patty Murray (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Pro Tem Senat Amerika Syarikat (AS), menyaksikan beliau muncul wanita pertama dalam sejarah negara ini menyandang jawatan itu, lapor tca/dpa.

Lazimnya individu yang memegang jawatan presiden pro tem itu berada di barisan ketiga untuk jawatan presiden, selepas naib presiden dan speaker Dewan, tetapi buat masa ini jawatan speaker dewan masih belum diisi.

Sehubungan itu, buat masa ini Murray menjadi individu kedua dalam barisan untuk jawatan presiden.

Murray, 72, dari parti Demokrat yang baru-baru ini dipilih untuk penggal keenam juga akan mempengerusikan Jawatankuasa Peruntukan Senat.

“Saya merasakan beratnya tanggungjawab itu,“ kata Murray ketika dihubungi pada Selasa.

“Saya tidak fikir kita mahu melihat negara dalam keadaan huru-hara. Saya fikir rakyat mahu kita bekerjasama dan memastikan kita menyalurkan pembiayaan mengikut keutamaan dan meluluskan dasar yang benar-benar membantu rakyat,“ katanya.

Sebagai pengerusi jawatankuasa itu, Murray akan mengawasi hampir semua perbelanjaan persekutuan dengan mempunyai kuasa mengemudi pembiayaan projek yang menjadi keutamaan.-Bernama