AS: Penyerang Tembak Mati 6 Orang Dikenalpasti Sebagai Audrey Hale

28 Mar 2023 • 10:29 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Insiden tembakan pada Isnin menyebabkan enam orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak berumur bawah 10 tahun di sebuah sekolah swasta di Tennessee, Amerika Syarikat. - Gambar dari Twitter @MNPDNashville

WASHINGTON - Penjenayah dalam kes tembak di sebuah sekolah swasta di Tennessee, Amerika Syarikat dikenali sebagai Audrey Hale, 28, kata Ketua Polis Nashville, John Drake dalam sidang media.

Hale dikenal pasti sebagai lelaki transgender dan dipercayai pernah bersekolah di sekolah Kristian itu, kata Drake.

Insiden tembakan pada Isnin menyebabkan enam orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak berumur bawah 10 tahun. 

Seorang daripada mangsa, Katherine Koonce, merupakan Pengetua Sekolah berkenaan, lapor Sputnik.

Suspek dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu hasil tindakan pantas polis.

Polis sedang menjalankan siasatan di kediaman yang dikaitkan dengan Hale, di mana mereka menemui manifesto dan peta sekolah itu, kata Drake.

Presiden AS Joe Biden telah diberi taklimat mengenai insiden itu, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre pada Isnin. 

Biden dalam ucapannya memuji tindak balas pantas penguatkuasa undang-undang dan menyeru negara itu mengambil langkah menghentikan keganasan senjata api. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved