AS sahkan dua anggota tentera maut dalam serangan Iran di Jordan

19 Jul 2026 • 8:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

AS sahkan dua anggota tentera maut dalam serangan Iran di Jordan

WASHINGTON, 19 JULAI: Dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam serangan Iran di Jordan, menandakan kali pertama anggota tentera AS terkorban sejak konflik dengan Iran kembali memuncak, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Sabtu menerusi hantaran di platform media sosial X, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

CENTCOM memaklumkan seorang lagi anggota tenteranya masih hilang, manakala empat yang lain dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Kesemua mereka kemudiannya dibenarkan keluar dari hospital.

Kematian dan kecederaan berlaku ketika “CENTCOM dan pasukan sekutu mempertahankan diri daripada serangan peluru berpandu balistik serta dron Iran,” menurut hantaran berkenaan.

Pangkalan utama tentera AS di Jordan terletak di Azraq, kira-kira 100 kilometer di timur laut ibu negara Amman.

Bagaimanapun, CENTCOM tidak menyatakan lokasi sebenar insiden itu berlaku.

-- BERNAMA-dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved