AS Terkeluar Dari 10 Senarai Pasport Paling Berkuasa Kali Pertama Dalam Sejarah

16 Oct 2025 • 9:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

AS Terkeluar Dari 10 Senarai Pasport Paling Berkuasa Kali Pertama Dalam Sejarah

Dahulunya dianggap antara yang paling gah, kini pasport Amerika Syarikat (AS) sekadar berkongsi kedudukan dengan Malaysia dalam senarai pasport terkuat dunia, lapor CNN.

Menurut laporan Indeks Pasport Henley, platform yang mengukur kekuatan pasport berdasarkan aspek dan nilai tertentu, ‘melondehkan’ AS yang kini tercicir daripada senarai 10 pasport paling berkuasa dunia.

Difahamkan, AS jatuh ke kedudukan ke-12 dalam senarai, sebaris dengan pasport Malaysia.

Tiga Negara Asia Kuasai Pasport Paling Berkuasa

Sementara itu, tiga negara di Asia menggungguli carta pasport paling berkuasa itu, iaitu Singapura, dengan akses tanpa visa ke 193 destinasi di seluruh dunia kemudian, Korea Selatan, dengan akses ke 190 destinasi diikuti Jepun, dengan 189 destinasi.

AS dan Malaysia kini memiliki akses tanpa visa ke 180 daripada 227 negara dan wilayah yang boleh dijejaki oleh indeks itu.

Punca Kejatuhan Pasport AS

Pada 2014, AS pernah menduduki tangga ke-1 dan bertahan dalam 10 pasport berkuasa sehingga Julai 2025.

Kemerosotan ini berpunca daripada beberapa perubahan dasar kemasukan di mana Brazil pada April lalu menarik balik akses bebas visa bagi warga AS, Kanada dan Australia atas alasan tiada timbal balas yang setara.

Sementara itu, China pula memperkenalkan dasar lebih mesra dengan memberi pengecualian visa kepada puluhan negara terutamanya negara Eropah seperti Jerman dan Perancis namun AS tidak termasuk dalam senarai itu.

Untuk maklumat, Indeks Pasport Henly ini ini diwujudkan oleh firma penasihat kewarganegaraan dan kediaman global yang berpangkalan di London, Henley & Partners, dan menggunakan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Dan disebabkan Henley mengira berbilang negara dengan skor yang sama sebagai satu kedudukan dalam senarainya, sebenarnya terdapat 36 negara yang berada di kedudukan lebih tinggi daripada AS dalam senarai tersebut