AS: Wanita Bakal Jalani Hukuman Mati

3 Jan 2023 • 2:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

NEW YORK, 3 Jan (Bernama) — Seorang wanita transgender bakal menjadi transgender pertama yang akan menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali dia diberikan pengampunan.

Amber McLaughlin, 49, akan menjalani hukuman mati dengan suntikan maut, di Missouri pada Selasa, lapor Agensi Anadolu memetik Associated Press.

Pada 2003, dia yang dulunya dikenali sebagai Scott McLaughlin telah merogol dan menikam bekas teman wanitanya sehingga mati dan membuang mayat wanita itu di St. Louis berhampiran Sungai Mississippi.

Peguamnya Larry Komp telah mengemukakan petisyen kepada Gabenor Missouri Mike Parson untuk mendapatkan pengampunan.

McLaughlin yang menjaid transgender ketika berada dalam penjara, dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang traumatik serta mempunyai masalah kesihatan mental dan pernah cuba membunuh diri beberapa kali, menurut petisyen pengampunan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved