“Asalkan Bukan Suami Orang” – Riena Diana Selesa Berkawan Dengan Keith Foo

Entertainment
18 Jun 2024 • 10:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sekarang kan hangat tentang pasangan selebriti, Keith Foo dan Riena Diana yang sedang bercinta. Walaupun jejaka pilihan berstatus duda anak satu, Riena mengakui itu bukanlah masalah.

Menerusi laporan Berita Harian, Riena berkata dia selesa berkawan dengan pelakon, Keith Foo selepas digandingkan dalam drama, Salju Rindu.

Pelakon jelita itu juga menjelaskan dia setuju jika kedua belah keluarga boleh menerima dia dan juga bakal suami.

Jujurnya kalau saya tidak berkawan dengan Keith pun saya berkawan dengan orang lain. Asalkan bukan suami orang.

Saya suka budak-budak, jadi tiada masalah bagi saya kalau bakal suami ada anak atau tidak.

image is not available

Difahamkan mereka merahsiakan hubungan ini pada awalnya kerana risau dengan masa depan yang tidak tentu dan masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Kami sudah kenal dengan mendalam, kami tahu banyak persamaan. Daripada segi perkara yang suka atau tidak pun sama.

Sebelum ini, Riena mendedahkan telah mengakhirkan hubungan dengan kekasihnya, Nik Afiq walaupun sudah ada perancangan untuk berkahwin.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.