“Asalkan Halal” – Kini Jual Penapis Air, Penampilan Terkini Faizal AF4 Curi Tumpuan Netizen

7 Sep 2022 • 3:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama juara Akademi Fantasia musim ke-4, Faizal Ramly menjadi buah mulut netizen apabila dia memaklumkan bahawa sudah bergelar jurujual di sebuah syarikat penapis air dan udara terkenal Malaysia.

Perkara itu diuar-uarkan Faizal menerusi satu hantaran di laman TikTok miliknya untuk tatapan peminat.

Berikutan itu, Faizal berharap agar semua pihak dapat memberikan sokongan moral terhadap dirinya selepas ini.

Manakala dalam satu hantaran lain, Faizal turut memberitahu bahawa dia masih lagi aktif menyanyi dan membuat persembahan meskipun sudah bekerja mencari rezeki.

Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi. Jadi rasanya tiada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen yang rata-ratanya masih mengikuti perkembangan Faizal di media sosial tampil mendoakan agar dia terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.

“Yang penting rezeki halal. Semoga Faizal diberikan rezeki yang luas.” doa seorang netizen.

Sekadar info, Faizal Ramly terkenal dengan lagu-lagu single popular seperti Lihatlah, Datanglah dan Sakit Seorang Lelaki.

image is not available 23 jam lalu

“Kalau Bagus Nak Cakap Apa Lagi? - Afdlin Shauki Bidas Dakwaan Anak Dapat Berlakon Sebab Pakai 'Cable'

View Original Article