Asalnya Nak Dimandul, Sekali Doktor Jumpa Guli ‘Melekat’ Pada Kaki Kucing [Video]

Entertainment
4 Aug 2023 • 10:54 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Apabila bercakap tentang binatang peliharaan, terdapat tiga haiwan yang sering menjadi pilihan individu orang ramai iaitu kucing dan anjing.

Lazimnya, bagi memudahkan proses pemeliharaan terutamanya kucing, pemilik akan memandulkan haiwan comel itu di klinik veterinar.

Antara tujuan untuk mandulkan atau mengasi kucing adalah untuk mengurangkan sifat agresif dan kecenderungan untuk kencing bagi kucing jantan manakala bagi kucing betina, tujuan pemandulan adalah untuk mengurangkan sifat merayau mencari kucing yang berlainan jantina.

Namun, tular di media sosial, hasrat seorang pemilik untuk memandulkan kucing bertukar menjadi satu situasi yang berbeza apabila doktor di sebuah klinik veterinar di Rembau, Negeri Sembilan menemui sesuatu yang aneh pada haiwan peliharaannya.

Nak Mandulkan Kucing Tapi Terjumpa Benda Lain

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @klinikvetrembau, kelihatan benjolan terdapat pada kaki haiwan comel tersebut.

Menurut klinik berkenaan, pada asalnya kucing itu di bawa ke klinik bagi tujuan pemandulan oleh pemiliknya. Namun, hasil pemeriksaan mendapati terdapat ‘bendasing’ pada kaki haiwan berkenaan.

“Nak tahu cerita pelik tak? Meow ini datang nak mandul. Semasa buat pemeriksaan keseluruhan kita perasan ada ‘bendasing’ melekat di kaki meow ni,” tulis pentadbir akaun berkenaan di ruangan kapsyen.

Klinik itu kemudiannya menjalankan pembedahan ke atas benjolan pada haiwan berkenaan. Namun, hasilnya nyata mengejutkan! Benjolan yang ditemui pada kaki haiwan comel tersebut adalah merupakan sebiji guli.

“Dan kita berjaya keluarkannya! Guli rupanya!” kata klinik berkenaan.

Ekoran daripada penemuan ini, menerusi ruang kapsyen, pentadbir akaun menitipkan pesanan khusus buat pemilik haiwan peliharaan agar sentiasa memeriksa keadaan haiwan kesayangan.

“Pastikan sentiasa periksa anak bulus kalian ye. Kucing pun pandai main guli,” katanya lagi.

@klinikvetrembau

Hi guyssss Nak tau cerita pelik tak??? Ini sudden finding tau. Meow ni datang nak mandul. Dan semasa kita buat pemeriksaan keseluruhan, kita perasan ada ‘bendasing’ melekat di kaki meow ni. Dan kita berjaya keluarkannya! Tadaa!!! GULI RUPANYA!!! So acik ankel, make sure check anak bulus kalian ye. Kucing pun pandai main guli.#klinikveterinardansugerirembau #anakbuluskesayangan #education #likeshareviews #kucingtiktok

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Black Bull RM LIVE

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati kepada haiwan comel itu dan hairan bagaimana guli berkenaan boleh berada pada kaki kucing tersebut.

Malah, ada yang berpendapat bahawa kucing ini mungkin pernah dilastik atau ditembak dengan senapang angin yang menggunakan peluru guli.

Mungkin Dia Pernah Kena Tembak Dengan Senapang Angin Peluru Guli

image is not available

image is not available

image is not available

Macam Mana Guli Tu Boleh Ada Dekat Situ

image is not available

image is not available

Sangat Musykil Ya, Banyak Persoalan Bermain Di Kepala

image is not available

Kesian Dia

image is not available

Source: