Asbow belum mahu berundur dari dunia seni

Music
6 Oct 2023 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

DUA dekad mencorak kanvas seninya sehingga dikenali sebagai perintis genre hip hop/rap Bajau Sabah, Asbow belum lagi terfikir untuk mengundurkan diri dari dunia hiburan.

Katanya, coretan di media sosial baru-baru ini bahawa single terbarunya, Lolay Hip Hop, mungkin akan menjadi karya terakhirnya bukanlah bermaksud dia mahu bersara sebagai anak seni.

Jelas pemilik nama sebenar Shahril Amir Hassan itu, dia tidak mungkin akan berhenti berkarya cuma saja selepas ini dia akan lebih aktif di belakang tabir.

“Saya masih lagi aktif membuat persembahan pentas di acara-acara rasmi dan tidak rasmi serta masih berkarya mencipta lagu baharu untuk saya sendiri dan juga artis-artis baru sekarang.

View Original Article