ASEAN: 10 agenda keselamatan dibincang September ini - Saifuddin Nasution

5 Jul 2025 • 7:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin Nasution bertanya sesuatu mengenai alat telekomunikasi kepada anggota tentera sewaktu melawat pos kawalan sempadan di Pulau Mataking pada program taklimat dan tinjauan keselamatan bersama perwakilan asing di Zon Selamat Sabah Timur (ESS ZONE) pada Sabtu. Foto Bernama

SEMPORNA - Sebanyak 10 agenda keselamatan akan menjadi fokus perbincangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN di Melaka, September ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata, satu daripada agenda itu ialah menangani jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata, perkara lain termasuk perkongsian risikan, pembinaan keupayaan dan operasi bersama.

"Dalam menangani jenayah rentas sempadan, kita manfaatkan kepengerusian ASEAN pada tahun ini sebagai platform terbaik bertukar maklumat, pandangan agar boleh diolah menjadi strategi dalam menangani isu keselamatan secara efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Menteri Dalam Negeri Bersama Perwakilan Asing, di sini pada Sabtu.

Saifuddin Nasution berkata, mesyuarat tiga hari itu akan dimanfaatkan pada peringkat menteri ASEAN sepenuhnya, bagi membentangkan dan membincangkan isu keselamatan ASEAN demi kepentingan bersama.

"Ada perkara yang kita nampak, tetapi ada juga perkara yang kita tidak nampak, tapi jiran (negara) kita nampak, ini antara yang boleh disampaikan dalam mesyuarat ASEAN nanti,” katanya. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved