ASELSAN, NAVAMAS meterai kerjasama bangunkan kapal tanpa pemandu buatan Malaysia bagi TLDM, APMM

LocalTechnology
23 Dec 2025 • 1:07 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ASELSAN, NAVAMAS meterai kerjasama bangunkan kapal tanpa pemandu buatan Malaysia bagi TLDM, APMM image is not available zakisalleh23/12/2025 - 13:07 Salah sebuah USV buatan ASELSAN jenis MARLIN 100 ASWLT. Oleh Zaki Salleh editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Dis - Firma pertahanan Türkiye, ASELSAN menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat kejuruteraan maritim tempatan, NAVAMAS bagi membangunkan kapal tanpa pemandu (USV).

 

USV ini berpotensi untuk memenuhi keperluan operasi pengguna seperti TLDM dan Maritim Malaysia (APMM) dalam pengawasan, keselamatan serta pertahanan.

 

ASELSAN sendiri merupakan peneraju dalam membina pelbagai jenis USV berteknologi tinggi yang diguna tentera laut Türkiye.

 

Dalam kenyataannya, ASELSAN memberitahu, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian kerjasama (Teaming Agreement) pada 22 Disember lalu.

 

image is not available

 

Menerusi perjanjian ini, ASELSAN akan menyediakan teknologi dan sistem autonomi manakala NAVAMAS pula bertanggungjawab membina platform kapal dan integrasi sistem tempatan.

 

“Dengan menggabungkan teknologi muatan termaju dan sistem autonomi, ASELSAN bersama membina keupayaan pembinaan kapal serta dengan NAVAMAS.

 

“Kerjasama ini mensasarkan peningkatan kesiapsiagaan pengawasan maritim, keselamatan dan pertahanan Malaysia.

 

“Perkongsian ini juga bermatlamat untuk menyokong industri tempatan, menggalakkan pemindahan teknologi serta menyumbang kepada objektif keselamatan maritim Malaysia bagi jangka masa panjang,” kata kenyataan itu.

 

image is not available
USV amat diperlukan dalam corak operasi maritim ketika ini.

 

Pembangunan aset USV ini dilihat sebagai langkah kritikal meningkatkan keupayaan pengawasan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.

 

Ia dapat mengimbangi aset sedia ada seperti kapal-kapal peronda untuk melaksanakan tugas-tugas lain yang lebih kompleks.

 

Ketika ini TLDM telah mempelopori penggunaan USV apabila menerima USV jenis Swift Sea Stalker daripada syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Swiftships.

 

USV amat diperlukan dalam corak operasi semasa terutama daripada sudut geografi di kawasan seperti Selat Melaka dan timur Sabah.

 

Kerjasama ASELSAN dengan NAVAMAS juga melebarkan lagi perkongsian strategik firma pertahanan Türkiye itu dengan syarikat tempatan.

 

image is not available

 

image is not available
USV Marlin yang dibina ASELSAN.

 

image is not available

 

Pada Februari dan Mei 2025, ASELSAN telah memeterai beberapa siri perjanjian dengan pemain industri tempatan termasuk LUNAS dan MILDEF International Technologies.

 

Syarikat pertahanan Turkiye itu turut mengadakan kerjasama dengan Sapura Secured Technologies terus memperkukuh keupayaan komunikasi ketenteraan negara. - DagangNews.com

Terkini standard