Aset Di Luxembourg: Tiada Kompromi Soal Kedaulatan Negara - Fadillah

Politics
18 Feb 2023 • 1:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fadillah Yusof berucap pada majlis perasmian Kempen Kesedaran Saringan Kanser 2023 hari ini - Gambar Bernama

KUCHING - Kerajaan tidak akan berkompromi dalam membela hak serta kedaulatan negara terutamanya dalam mendepani tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris kumpulan Sulu terhadap aset-aset negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pendirian negara kekal, walaupun perlu berdepan dengan tuntutan mereka di negara-negara yang berbeza.

“Pada masa sama Kerajaan juga sedang meneruskan usaha memberi kesedaran pada negara-negara Eropah lain (yang mempunyai aset negara) untuk mengatakan tuntutan ini tidak berasas.

“Tuntutan ini seolah-olah ingin mengugut negara kita dalam konteks ekonomi kerana mereka mungkin ada ‘funder’ yang melihat ada peluang untuk dapatkan keuntungan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Kanser Sedunia peringkat Parlimen Petra Jaya di sini, hari ini.

Semalam, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam kenyataannya menegaskan bahawa tuntutan oleh pihak berkenaan terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas, dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang. 

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media mengenai tindakan Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu ke atas dua anak syarikat Petronas itu pada minggu ini.

Laporan agensi berita Reuters bertarikh 16 Februari dengan tajuk ‘Petronas units in Luxembourg seized again in US$15 billion arbitration dispute,’ yang menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu bagi unit terbabit, minggu ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved