Aset Isteri Allahyarham Tun Daim Bernilai Lebih RM750 Juta Dibeku, Termasuk 3 Rumah Mewah Di London

LocalPolitics
3 Jun 2025 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku aset milik Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada Allahyarham Tun Daim dan keluarga bernilai lebih RM750 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan SPRM untuk membekukan kesemua harta itu pada prosiding secara sebelah pihak (ex-parte) hari ini.

image is not available

Antara aset tersebut ialah satu akaun bank milik isteri bekas Menteri Kewangan itu, dua bangunan komersial di London, tujuh hartanah termasuklah tiga kediaman mewah juga di London yang kesemuanya bernilai GBP£ (Great British Pound) 132 juta (RM758.2 juta).

Menurut laporan, akaun bank terbabit juga berada di London dan dikatakan berdaftar atas nama Yayasan Ilham.

Image from: Aset Isteri Allahyarham Tun Daim Bernilai Lebih RM750 Juta Dibeku, Termasuk 3 Rumah Mewah Di London

Kredit: Firdaus Latif/Malay Mail

Sebelum ini, SPRM telah membuat permohonan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Datuk Azhar berkata perintah mahkamah itu akan dihantar kepada pihak berkuasa United Kingdom untuk pelaksanaan pembekuan aset tersebut.

image is not available 2 weeks ago

Aset RM2 Bilion Dibeku, SRPM Dapat Maklumat Tentang Harta & Aset Milik Allahyarham Tun Daim Di Switzerland & UK