
Bangkok, Thailand, 17 Januari 2026 – Asia Automotive Award (AAA) 2025 mencipta sejarah apabila dianjurkan buat pertama kali di luar Malaysia, menghimpunkan pemain utama industri automotif Asia di Bangkok.

Dianjurkan oleh AsiaAuto Venture Sdn Bhd (MOTONATION) dan dihoskan oleh Grand Prix International Public Company Limited, edisi kelima ini mengangkat tema “Driving the Future of Asia Automotive Business Together”, selari dengan usaha memperkukuh kerjasama serantau.

Majlis gala berprestij yang berlangsung di Centara Grand CentralPlaza Ladprao Hotel menyaksikan penyertaan wakil industri dari lebih 10 negara Asia serta penganugerahan pelbagai kategori melibatkan inovasi, kelestarian, pemasaran, motorsport dan pembangunan bakat.
Kemuncak acara menyaksikan Automotive Lifetime Achievement Award diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dr. Prachin Eamlumnow atas sumbangan besar mereka terhadap pembangunan industri automotif Asia.
Kejayaan penganjuran AAA 2025 di Thailand menandakan peluasan pengaruh anugerah ini sebagai platform penting dalam menyatukan dan memacu masa depan industri automotif serantau.
The post Asia Automotive Award 2025 Satukan Industri Automotif Asia di Bangkok appeared first on TW Media.

