Asia Pacific Predator League 2026 Akan Berlangsung Di India

TechnologyGamingDigital
13 Jan 2025 • 12:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pasukan Myth Avenue Gaming (MAG) berjaya memenangi kejohanan Predator League Asia Pasifik 2025 (Dota-2) selepas menewaskan skuad Indonesia, Team Helios dengan skor 2-0.

image is not available

Pasukan itu membawa pulang hadiah tunai bernilai $65,000, dengan tambahan $10,000 untuk Mark Anthony Urbina (Bob King) yang dinobatkan sebagai pemenang gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP).

image is not available

Sementara itu, Team Helios membawa pulang $20,000 selaku naib juara. Team Ivory dan 123 Gaming masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat dengan membawa pulang wang tunai bernilai $7,500 setiap kumpulan. Dua lagi pasukan Malaysia, iaitu Sentry Symphony Esports dan TK Esports tidak melepasi peringkat kumpulan.

image is not available

Pengunjung hari ini turut dihiburkan dengan persembahan oleh Aina Abdul, Sandara Park, dan Minzy. Dalam pada itu, tuan rumah untuk tahun seterusnya turut diumumkan dalam acara hari ini yang telah memilih India sebagai tuan rumah kejohanan.