ASICS Lancar Koleksi NAGINO™ Fokus Ketenangan Dalaman

Men's FashionWomen's Fashion
5 May 2023 • 12:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ASICS teruja untuk mengumumkan pelancaran Koleksi NAGINO serba baharu – barisan produk wanita terkini untuk musim bunga-panas 2023 dari pelbagai kategori. Boleh didapati di semua kedai jualan mulai bulan ini, koleksi ini merangkumi pakaian dan kasut untuk larian, latihan, tenis dan SPORTSTYLE.

#NothingFeelsBetter dari kekal aktif bersama koleksi ASICS NAGINO

Diilhamkan oleh ASICS, nama koleksi berkenaan, ‘NAGINO’, menggabungkan dua suku kata Jepun – 凪 (NAGI) merujuk kepada ketenangan laut dan menggambarkan keadaan emosi yang tenang dan stabil, manakala 乃 (NO) menunjukkan keperibadian.

Koleksi NAGINO direka khas dengan menitikberatkan keperluan wanita biasa, membantu mereka untuk menarik nafas di tengah kesibukan kehidupan seharian. Seperti yang dikongsi dalam ASICS State of Mind Index 2022*, ASICS menjumpai Jurang Senaman Jantina – membabitkan wanita, terutama wanita muda, bersenam kurang daripada lelaki dan mempunyai Skor Keadaan Minda yang lebih rendah.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Untuk menaikkan semangat wanita, warna lembut koleksi ini membangkitkan kenangan pagi di pantai, manakala gabungan ciri prestasi yang berfungsi dan bahan lembutnya menawarkan keselesaan yang terbaik. Semua produk boleh digabungkan untuk melengkapkan pemakaian dari bahagian atas hingga ke bawah atau digayakan secara individu mengikut citarasa tersendiri dan juga mempermudahkan pergerakan seharian.

Harga koleksi NAGINO bermula dari RM 129 sehingga RM 699 dan akan tersedia untuk pembelian pada bulan Mac di kedai ASICS dan di asics.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://www.asics.com/my/en-my

#NAGINOCollection

View Original Article