Askar Maut Kerana Pemburu Haram Selamat Dikebumikan Berhampiran Kampung Halaman

LocalPolitics
27 Sep 2024 • 3:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Askar yang maut kerana ditembak pemburu haram, mendiang Koperal Petrus Linggi Liman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Persendirian Sungai Raba berhampiran kampung halamannya di Rumah Panjang Janting, Lemujam, Pakan pagi Jumaat.

Memetik laporan Berita Harian, pengebumian mendiang yang berusia 29 tahun itu berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan sebaik tiba di tanah perkuburan, dengan kerandanya diusung oleh lapan anggota tentera.

Askar maut kerana pemburu haram selamat dikebumikan

image is not available

Foto: Harian Metro

Sebaik upacara pengebumian disempurnakan, Panglima Divisyen Pertama Infantari Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohamad Fauzi Kamis menyerahkan bendera Jalur Gemilang dan juga sumbangan kepada balu mendiang, Grace Jummit Sylvester.

Sementara itu, mendian meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang masing-masing berusia tujuh tahun dan satu tahun sembilan bulan.

Mendiang Petrus adalah anggota dari formasi 9 Briged, Sibu yang meninggal dunia selepas ditembak dua pemburu haram pada 23 September lalu ketika melaksanakan Eksesais Pasak Bumi (EPB) Batalion ke-3 Rejimen Renjer Diraja di Song, Kapit.

image is not available

Foto: Berita Harian

Walaupun mangsa diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song dan dirujuk Hospital Kapit untuk rawatang lanjut, namun dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Dalam pada itu, polis juga telah berjaya menahan dua lelaki berusia 31 tahun serta merampas selaras senapang buatan sendiri serta peluru penabur.

Ketika soal siasat, kedua-dua suspek mengatakan menembak mangsa kerana menyangka ia binatang liar, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal selepas mendengar jeritan mangsa yang terkena tembakan di bahagian kiri dan belakang badan.

Sumber: Berita Harian (Melvin Joni)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved