“Aslam bukan orang yang boleh poligami, dia tak berkemampuan” -Abby Abadi

27 Feb 2024 • 1:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Aslam bukan orang yang boleh poligami, saya tak nampak. Sebab dia tak berkemampuan”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh selebriti, Abby Abadi apabila menjawab soalan daripada Dato’ Seri Aliff Syukri berhubung isu yang melanda anaknya baru-baru ini.

Aliff Syukri ‘korek’ cerita dari Abby

Menerusi video yang dikongsikan usahawan tersebut, Aliff Syukri bertanyakan sama ada Abby menerima Aslam iaitu lelaki yang dikaitkan dengan anaknya, Marissa Dania Hakim jika dia datang memohon maaf.

“Aslam bukan orang yang boleh poligami….anak saya tak macam sekarang”

Ujar Abby lagi, mereka sekeluarga langsung tidak tahu yang Marissa berhubung dengan lelaki itu kerana dia berada dalam jagaan ibu bapa sejak dari kecil.

Tambah pelakon drama bersiri Gerak Khas berkenaan, dia merasakan ada yang berbeza dengan anak perempuannya apabila berubah begitu drastik sehingga tidak seperti tindak tanduknya sebelum ini.

“Keluarga yang lain tak tahu menahu pun dia berhubung dengan lelaki yang sekarang ni. Anak dengan saya lillahitaala sejak dari kecil lagi. Anak saya tak macam sekarang.

“Saya pun rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya berpusing 360 darjah, macam bukan dia,” katanya.

image is not available

“Aslam bukan orang yang boleh poligami” -Abby anggap perkara jadi diluar jangkaan

Jelas Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, apa yang berlaku merupakan diluar jangkaannya serta bekas suami, Norman Hakim kerana mereka menjaga anak-anak dengan sehabis baik.

Namun, dia hingga kini masih tidak tahu mengapa boleh berlakunya kontroversi yang menggemparkan banyak pihak baru-baru ini.

“Benda tu memang diluar jangkaan saya, luar jangkaan papa dia. Kita dah sehabis baik jaga anak tu. Cuma saya tak tahu kenapa boleh sampai ke tahap itu dia boleh buat. Sebab anak saya bukan macam tu,” jelas Abby.

image is not available

Terdahulu, Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam yang juga merupakan suami orang sebagai isteri kedua di Selatan Thailand.

Walaupun tidak ada sebarang penjelasan dari pihak tuan punya badan, namun kakak ipar kepada Aslam mengesahkan hal tersebut.

Ujarnya, Aslam telah bernikah sewaktu isteri pertamanya berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah pada hujung tahun lalu.

Penjelasan daripada lelaki itu juga belum berjaya didapatkan memandangkan dia hanya meminta diberi ruang untuk menghadapi isu terbabit.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris