ASM 3 agih 5.00 sen seunit, tertinggi dalam tujuh tahun

Business & FinancePersonal Finance
29 Sep 2026 • 2:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ASM 3 agih 5.00 sen seunit, tertinggi dalam tujuh tahun

PETALING JAYA – Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar berkenaan merupakan yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dan meningkat berbanding 4.75 sen seunit pada 2025.

Menurut beliau, bagi pemegang unit beragama Islam yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah, kadar berkenaan bersamaan kira-kira 4.87 peratus selepas zakat.

“Pencapaian ini mencerminkan keupayaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengurus amanah pelaburan dengan baik dalam mendepani persekitaran pasaran global yang penuh cabaran.

“Tatakelola yang baik bukan sekadar memastikan tiada ketirisan dan salah guna, tetapi juga menuntut kecekapan mengurus amanah, mencipta nilai dan memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Anwar berkata, pengagihan berkenaan diharap dapat membantu memperkukuh simpanan serta perancangan kewangan rakyat untuk masa hadapan.

“Moga pengagihan ini dapat membantu memperkukuh simpanan dan perancangan kewangan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik. Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ASM 3 agih 5.00 sen seunit, tertinggi dalam tujuh tahun appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved