Asrama bantu selesai keperluan penginapan pelajar luar bandar

LocalFamily & Parenting
10 Aug 2025 • 4:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Kira-kira 20 pelajar yang tidak mempunyai tempat tinggal bakal mendapat kemudahan asrama apabila Asrama Cahaya Kasih di Kampung Malinsau Darat siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Adun Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, meninjau kemajuan projek komuniti yang kini 90 peratus siap untuk mengenal pasti bentuk sumbangan yang boleh disalurkan sama ada daripada Kerajaan atau Pejabat Adun Kundasang.

Asrama bernilai RM230,000 itu dibina hasil sumbangan pelbagai NGO, termasuk Majlis Gereja-Gereja Sabah, selain tanah yang disumbangkan penduduk tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ia dicetuskan penduduk Kampung Malinsau Darat bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gabungan bagi membantu pelajar yang tinggal jauh meneruskan pelajaran.

Pengerusi projek merangkap Guru Besar SK Sri Gabungan, Rudi Burain, berkata kemudahan itu bukan sahaja menyediakan tempat tinggal, malah ruang pelajar mengikuti aktiviti akademik dan kerohanian.

“Dengan bantuan Dr. Joachim, kami yakin asrama ini dapat digunakan tidak lama lagi,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Politik Dr Joachim, Yubidi Gompoyo; Pengerusi JPKK Kampung Nasakot Malinsau Darat, Patrick Gundalam; serta beberapa pemimpin setempat.