
KIULU: Asrama San Damiano bakal menerima kemudahan panel solar untuk memastikan tahap pembelajaran terus berjalan lancar dalam kalangan penghuninya yang merupakan pelajar sekolah menengah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai meluluskan pemasangan panel solar atas susulan permintaan daripada pihak pengurusan asrama San Damiano yang diwakili Sr Jane Sandalun.
Katanya, sebelum ini pelajar yang menginap di asrama berkenaan berdepan cabaran dalam menghadapi sesi pembelajaran apabila kerap mengalami gangguan bekalan elektrik.
Dalam usaha serta komitmen menyokong kemudahan untuk pendidikan, Joniston menegaskan bahawa pelajar layak berada di persekitaran di mana pembelajarannya tidak dihalang oleh faktor tertentu.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Adalah sangat penting kami menyediakan kemudahan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong pelajar dalam perjalanan mereka mendapatkan pendidikan.
“Pemasangan panel solar ini bukan sahaja akan mengurangkan kesan gangguan tenaga elektrik tetapi sekali gus menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif,” katanya.
Menurut beliau, kelulusan itu menggariskan usaha kolaboratif untuk meningkatkan infrastruktur asrama dalam menekankan kepentingan menyesuaikan diri dengan penyelesaian moden demi manfaat pelajar.
Sr Jane mengemukakan permohonan terbabit ketika menerima lawatan oleh sekumpulan dermawan yang menyerahkan sumbangan berupa makanan, sambil disaksikan oleh Joniston Ahad lepas.
Sumbangan bernilai RM15,000 itu disampaikan oleh Chef Collin Tan, Adrian Chong, Daniel Peh dan rakan-rakan.
“Ini adalah tahun kelima berturut-turut kami berpeluang mengumpul dan menyampaikan sumbangan ini atas cadangan Adun Kiulu.”
“Kami akan terus menyampaikan sumbangan kepada pihak asrama ini sempena Tahun Baru Cina,” kata Collin.
Sebagai sebahagian daripada usaha mereka, para chef juga akan mengadakan sesi pelajaran memasak dan ‘baking’ untuk pelajar asrama.
Sesi itu dirancang untuk mengadakannya pada awal Jun yang juga merupakan program sama dijalankan pada tahun lalu.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memasak selain mempromosikan amalan pemakanan yang sihat dalam kalangan pelajar asrama.
Sementara itu, Sr Jane mengucapkan terima kasih kepada pihak dermawan atas sokongan berterusan dalam memenuhi keperluan seramai 60 pelajar yang penghuni asrama.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
