
LAGU kemanusiaan popular, Assalammualaikum, dendangan asal penyanyi tersohor Faizal Tahir diberi nafas baharu sebagai tanda solidariti terhadap kemelut peperangan yang melanda rakyat Palestin.
Istimewanya, versi ‘remake’ lagu ciptaaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K dan Ezra Kong itu turut menampilkan pelbagai artis ternama tanah air.
Selebriti terlibat termasuk, Naqiu, Tomok, Aliff Aziz, Azharina, Liza Hanim, Hady Mirza, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Nikki Palikat serta barisan artis Rocketfuel Entertainment iaitu Hael Husaini, Zizan Razak, Elly Mazlein, Ara Johari, Wani Kayrie.
Penyanyi Mahligai Syahdu, Datuk Hattan, Mawi dan Zizi Kirana turut membuat penampilan istimewa dalam projek prihatin antara label hiburan paling berpengaruh masa kini, Rocketfuel Entertainment bersama Astro terbabit.




