Astana: Tun Taib Dalam Keadaan Baik Dan Sihat

22 Jun 2023 • 7:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Astana menepis khabar angin tentang kesihatan Taib Mahmud

Astana: Tun Taib Dalam Keadaan Baik Dan Sihat. Astana Negeri Sarawak memaklumkan bahawa Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan baik dan sihat sekarang.

Menerusi satu kenyataan daripada Astana Negeri Sarawak hari ini berkata, semua khabar angin yang tular dan tidak berasas mengenai kesihatan Tun Taib di platform media sosial yang bukan dari Astana Negeri Sarawak adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

image is not available

“Astana Negeri Sarawak ingin meyakinkan seluruh rakyat Sarawak bahawa Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan baik dan sihat,” menurut kenyataan tersebut.

Astana turut berharap hentikan segala khabar angin palsu

Astana Negeri Sarawak turut berharap bahawa dengan mengeluarkan kenyataan itu, semua dakwaan dan khabar angin palsu mengenai Tun Taib akan dihentikan.

image is not available

Untuk makluman, pada 1 Mac 2014, Tun Taib mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh, menggantikan Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin, yang tamat tempoh pemerintahannya pada 28 Februari 2014.

Baca juga artikel yang berkaitan: