
Asteroid Dipercayai Dikesan Di Langit Perancis
PARIS — Sebuah batu asteroid dilaporkan telah memasuki ruang atmosfera di Utara hingga Selatan Perancis pada awal pagi tadi, lapor Daily Mail.
Difahamkan, asteroid itu dikenali sebagai 2023 CX1. Ia dikesan memasuki ruang atmosfera kira-kira dua batu dari pantai Perancis sekitar jam 3 pagi.
Kejadian yang sempat dirakam itu mendedahkan batu itu meletup menjadi serpihan kecil sebelum jatuh di laut.
Tambahan lagi, ia juga dapat dilihat di seluruh selatan England dan Wales.
@ESA predicts a ~1-meter asteroid is expected to safely impact Earth’s atmosphere in a few hours at 10:07 pm ET over northern France, which is also predicted by @NASA @JPL’s Center for Near-Earth Object Studies. https://t.co/CkvgHfU9lw pic.twitter.com/XzmZd2ttvV
— NASA Asteroid Watch (@AsteroidWatch) February 13, 2023
2023 CX1 berjaya dikesan oleh seorang ahli astronomi Hungary, Krisztián Sárneczky, di Balai Cerap Konkoly di Pergunungan Mátra, Hungary.
Maklum Sárneczky, pada awalnya dia mendakwa batu itu dikesan berada sekitar 233,000 Kilometer (145,000 batu) dari orbit bumi dan bulan pada jam 8.18 malam waktu tempatan.
“Ia mula memasuki atmosfera pada awal pagi Isnin pada jam 3 pagi merentasi pantai Normandy, Perancis di sepanjang Selat Inggeris.
“Ketika membelah ruang udara, ia terbakar sehingga dapat dilihat dengan terang dari Utara Perancis, Belgium, Belanda dan United Kingdom,” katanya.
Asteroid dikesan di langit Perancis
Asteroïde boven Parijs rond 04.00 uur vanochtend! Dit exemplaar is pas gisteravond ontdekt, slechts enkele uren voor "impact". Ook in Nederland kon de vuurbal worden gespot. #asteroide #France pic.twitter.com/G2A4FdPiYK
— Wouter van Bernebeek (@StormchaserNL) February 13, 2023
Menurut Agensi Angkasa Eropah, ia merupakan asteroid ketujuh yang berjaya diramalkan. Keberkesanan ramalan itu merupakan satu petanda kepada kemajuan pesat dalam pengesanan asteroid global.
Sementara itu, Pertubuhan Meteor Antarabangsa memaklumkan bahawa walaupun batu itu hanya berukuran 1 meter (3.2 kaki). Bagaimanapun, ia masih dapat dilihat dengan jelas.
JUST IN: Asteroid strikes Earth's atmosphere over northern France. pic.twitter.com/WgD68lzXl0
— Remarks (@Remarks) February 13, 2023
Tambah Pertubuhan itu, sekiranya serpihan 2023 CX1 jatuh di kawasan daratan Perancis, ia berisiko mencederakan orang awam.
Menurut penyelidikan dari Institut Sains Davidson, di Institut Pendidikan Weizmann Israel, mendakwa sebuah asteroid selebar 140 meter (460 kaki ) mampu memberikan impak sekurang-kurangnya 1,000 kali daya lebih besar daripada bom atom.
Manakala asteroid selebar 1 kilometer (3,280 kaki) seperti 138971 (2001 CB21) yang melintasi bumi awal bulan Mac dipercayai boleh memusnahkan planet ini atau menyebabkan pengakhiran bagi umat manusia.
Sehubungan itu, Ujian Pengalihan Asteroid Berganda oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan, (DART NASA) sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan laluan asteroid di angkasa.
Terdahulu, NASA dalam sebuah misi berjaya mengubah orbit asteroid Dimorphos pada September. Ia mempunyai diameter 171 meter (560 kaki).
Sumber: Daily Mail
The post Asteroid Dipercayai Dikesan Di Langit Perancis appeared first on Siakap Keli.

