Aston Martin dan Porsche antara terawal guna Apple CarPlay versi baharu

21 Dec 2023 • 11:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Aston Martin dan Porsche dilaporkan antara dua jenama pengeluar kereta berprestasi tinggi yan g akan memanfaatkan Apple CarPlay baharu. Beberapa gambar yang berlegar-legar di dalam Internet menunjukkan rupa kabin kenderaan dengan stereng berjenama bersama-sama paparan Inforia berasaskan CarPlay.

image is not available

Selain daripada ikon-ikon aplikasi biasa yang boleh anda temukan pada CarPlay yang biasa, anda juga boleh lihat ikon seperti kawalan sistem iklim untuk mengawal kenderaan. Sungguhpun Porcshe tidak berkongsikan garis masa model manakah yang akan menyokong CarPlay baharu ini, Aston Martin mengumumkan yang kenderaan seawal 2024 seperti DB12 coupe dan DB12 convertible akan jadi antara pertama gunakannya.

Apa pembaharuan CarPlay seperti diumum dalam WWDC 2023?

Dalam bulan Julai 2023 dulu sewaktu WWDC 2023, Apple mengumumkan sejumlah kemas kini yang bakal suntik kepada CarPlay fasa demi fasa, atara yang dikongsikan adalah seperti integrasi ke dalam kluster instrumen.

image is not available

Buat kenderaan yang menggunakan panel digital sepenuhnya, peta kita bolih dilapiskan di atas speedometer supaya pemandu tidak perlu menolah kepada skrin inforia tengah sewaktu memandu.

image is not available

Kemudian, bagi memanfaatkan banyak skrin digital yang ada dalam kenderaan, CarPlay bakal menyokong lebih daripada satu paparan. Makanya, semua skrin digital di dalam kenderaan boleh memaparkan maklumat-maklumat secara berharmoni antara satu sama lain.

image is not available

Widget juga akan boleh dimasukkan ke papan pemuka bagi memudahkan pemandu untuk pilih info apa yang ingin dilihatnya dan yang terakhir adalah aplikasi radio FM akan diperkalkan supaya pemandu tak perlu keluar daripada CarPlay untuk menukar siaran radio.