Astro beri akses 3 bulan percuma Viu Premium kepada pelanggan Ultra Box

10 Mar 2023 • 4:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Astro telah mengumumkan yang servis penstriman Viu telahpun menyertai platform mereka. Bagi meraikan perkara itu, Astro memberikan akses Viu Premium 3 bulan secara percuma kepada pelanggan Ultra Box. Promo ini berjalan sehingga 8 Jun 2023.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton beberapa kandungan asli daripada Viu seperti:

  • Nenek Bongkok Tiga
  • The Secret Romantic Guesthouse
  • Bilik Tepi
  • Return Man
  • Mantan Tapi Menikah
  • Boys Planet

image is not available

Ada juga kandungan asli daripada Korea yang boleh anda layani seperti Taxi Driver 2 dan juga Delivery Man.

Untuk mula menonton, anda boleh cari APP Viu di Ultra Box menggunakan alat kawalan.

Selepas tempoh promosi tamat, Viu Premium boleh dilanggan pada kadar RM14.90/bulan. Yang peliknya, anda boleh dapatkan kadar langganan lebih murah jika anda langgan secara berasingan. Contohnya, pelan 12 bulan berkos hanya RM99.9 (RM8.33/bulan).

image is not available

Dengan penyertaan Viu, maka bertambah banyaklah platform penstriman yang disokong Astro. Selain Viu, anda juga ada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, BBC Player, TVBAnywhere+ dan BeIN SPORTS CONNECT. Dalam masa terdekat, mereka katanya akan memperkenalkan Zee5 dan banyak lagi.

Sumber: Astro