Astro BizOne Rewards kembali dengan ganjaran pemasaran RM17.5 juta

LocalBusiness & Finance
8 Apr 2026 • 11:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Astro BizOne melancarkan semula kempen ganjarannya menerusi Astro BizOne Rewards yang dipertingkatkan dengan menawarkan sehingga RM17.5 juta sokongan pemasaran terjamin bagi membantu premis makanan dan minuman (F&B) di seluruh negara menarik lebih ramai pelanggan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Kempen tersebut merupakan kesinambungan kepada penganjuran Astro BizOne Rewards tahun lalu. Namun, kempen tahun ini tampil dengan format baharu yang menggantikan konsep cabutan bertuah kepada ganjaran pemasaran terjamin.

Menerusi format ini, premis F&B yang melanggan pakej Astro BizOne akan menerima peluang pemasaran melalui saluran televisyen, radio dan platform digital Astro mengikut tahap langganan masing-masing.

Sepanjang kempen lalu, sebanyak 200 premis F&B di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu bentuk sokongan pemasaran melalui platform Astro.

Daripada jumlah itu, 87 premis dipromosikan melalui Astro Audio Ads, manakala 48 premis masing-masing menerima slot video di Buletin Awani dan Borak SeeNI, sekali gus memberi pendedahan media nasional yang signifikan kepada perniagaan kecil.

Kempen tersebut turut menghubungkan komuniti setempat melalui penganjuran pesta tontonan bersama, sesi ramah mesra serta liputan promosi makanan.

Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna dan Perusahaan Astro, Tan Sian Tuang berkata, pemasaran merupakan pemangkin utama pertumbuhan perniagaan, khususnya bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Menurutnya, gabungan saluran televisyen, radio dan digital Astro memberi peluang kepada usahawan F&B untuk dikenali oleh lebih ramai pelanggan.

“Dengan kos pemasaran yang semakin meningkat, pengusaha F&B sentiasa mencari pendekatan praktikal untuk menonjolkan perniagaan mereka.

“Astro BizOne Rewards diwujudkan bagi memberikan pendedahan yang mudah diakses dan bermakna kepada IKS menerusi ekosistem media Astro.

“Tahun lalu, ramai pengusaha F&B berjaya menarik lebih ramai pelanggan dan sambutan diterima menunjukkan impak sebenar kempen ini.

“Tahun ini, kami mahu terus mengukuhkan usaha tersebut agar lebih banyak premis dapat menikmati pendedahan dan membuka peluang pertumbuhan baharu,” katanya.

Sementara itu, pemilik Restoran Nasi Lemak Burung Hantu Gombak, Irfan berkata, sokongan pemasaran melalui Astro Audio Ads memberi impak besar kepada perniagaannya.

“Iklan melalui Astro Audio Ads membuka peluang kepada pelanggan baharu yang sebelum ini tidak dapat kami capai. Sebagai perniagaan kecil, kami kebiasaannya bergantung kepada pelanggan tetap, namun kempen ini berjaya menarik lebih ramai pelanggan.

“Selepas iklan kami disiarkan di saluran radio, pelanggan baharu mula hadir dan turut memaklumkan kami bahawa mereka mengetahui mengenai restoran ini melalui iklan radio. Sejak itu, aliran pelanggan telah menjadi lebih konsisten dan membantu perkembangan perniagaan kami,” katanya.

Ganjaran pemasaran

Dengan kempen serba baharu ini, premis F&B yang layak akan menerima satu ganjaran pemasaran terjamin berdasarkan nilai langganan bulanan minimum BizOne.

Bagi langganan minimum RM1,200 sebulan, premis akan menerima Astro Audio Ads bersama slot Buletin Awani dengan nilai ganjaran kira-kira RM163,000.

Ganjaran tersebut merangkumi slot berdurasi satu minit beserta temu bual di Buletin Awani, liputan digital serta 56 slot iklan radio selama tujuh hari.

Bagi langganan minimum RM1,000 sebulan pula, premis akan menerima Astro Audio Ads bersama slot Borak SeeNI bernilai kira-kira RM111,000.

Ia melibatkan segmen khas di Borak SeeNI, pendedahan di platform sosial serta 56 slot iklan radio selama tujuh hari.

Sementara itu, bagi langganan minimum RM800 sebulan, premis akan menerima Astro Audio Ads bersama artikel majalah digital bernilai kira-kira RM78,000.

Ganjaran tersebut termasuk iklan radio berdurasi 30 saat sebanyak 35 kali dalam tempoh tujuh hari serta penerbitan artikel di majalah digital seperti Rasa, Maskulin, Nona atau Vanilla Kismis.

Kempen Astro BizOne Rewards berlangsung dari 9 Mac 2026 hingga 31 Januari 2027.

Premis F&B baharu yang melanggan pakej Astro BizOne dengan nilai minimum RM800 sebulan layak menerima ganjaran mengikut tahap langganan secara automatik.

Selepas langganan aktif, pihak AstroBiz akan mengesahkan kelayakan dan menghubungi premis dalam tempoh 60 hari bagi proses penebusan ganjaran.

Astro BizOne turut menawarkan rangkaian siaran sukan langsung dan kandungan hiburan termasuk Premier League, kejohanan BWF, Liga Malaysia, STL, Formula 1, kriket dan tenis, selain 26 saluran lain.

Premis yang berminat boleh menghubungi AstroBiz Sales atau rakan perniagaan sah, selain talian khidmat pelanggan di +603 9544 7566 atau e-mel astrobusinesssupport@astro.com.my