Astro Fibre tembusi Malaysia Timur, bermula dengan Sabah

31 Mar 2023 • 2:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Warga Sabah tak lama lagi boleh menikmat servis jalur lebar tetap Astro Fibre apabila penyedia perkhidmatan itu mengumumkan yang mereka telah memeterai perjanjian akses bersama-sama Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. (CT Sabah). Kerjasama ini bakal menyaksikan lebih 115 ribu kediaman di Sabah beroleh akses jalur lebar bersama-sama saluran TV pada harga RM139.99/bulan.

Pada RM139.99/bulan, anda beroleh Internet berkelajuan 50Mbps dengan Primary Pack yang mengandungi lebih 80 saluran TV disamping akses kepada Astro Go.

image is not available

Malahan ini adalah salah satu daripada 5 pelan jalur lebar tetap paling berbaloi dilanggan pernah kami senaraikan dalam salah satu entri 5 Terbaik.

Selain daripada Astro Fibre, CelcomDigi juga ada tawarkan jalur lebar Pakej Perpaduan pada harga RM69 untuk 30Mbps.

image is not available

View Original Article