Astro One: Lebih kemas dan mudah faham bila nak langgan

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 8:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Penyedia servis TV berbayar, Astro telah memperkemas penawaran servis mereka dengan pengenalan Astro One. Ia bakal permudahkan pelanggan mereka memilih pakej langganan dengan mudah tanpa ditengelami opsyen-opsyen ataupun permutasi yang terlalu banyak. Berikut adalah cara anda fahami penawaran Astro One serba baharu.

Mula dengan salah satu pelan Astro One TV

Semua pelanggan akan bermula dengan pemilihan pek Astro One TV yang terdiri daripada 3 pilihan iaitu:

  • Astro One Entertainment RM49.99/bulan
  • Astro One Sports RM99.99/bulan
  • Astro One Epic RM199.99/bulan

image is not available

Pek paling mampu milik mengandungi sekitar 95 saluran untuk ditonton. Pelanggan juga beroleh akses Astro Go dalam resolusi HD untuk dua paparan serentak. Seperti biasa, peminat sukan ada pek merek ayang tersendiri dan boleh dilanggan pada harga RM99.99/bulan. Pelan sukan juga dapat servis penstriman beIN Sport Connect disamping Astro Go.

image is not available

Pelan paling premium iaitu pelan Epic ada segala-galanya. Saluran TV yang boleh ditonton adalah sebanyak lebih 150 jenis serta pelanggan dapat sebanyak 7 akses platform penstriman iaitu:

  • Netflix (Standard, HD)
  • iQiYi (Standard VIP)
  • beIN Sports Connects
  • Disney+ Hotstar (Basic)
  • BBC Player (HD)
  • Max Standard (HD)
  • Astro Go+ (HD)

Suai padan add-on untuk Astro One Entertainment

Kalaupun pelanggan berkeputusan untuk ambil Astro One Entertainment, tahap customization pelan ini juga tinggi.

image is not available

Ada beberapa add-on yang boleh dipertimbangkan. Yang pertama adalah pek saluran seperti:

  • Kids – RM9.99
  • Variety – RM9.99
  • News & Documentaries – RM14.99
  • Sports Extra – RM19.99
  • Indian Favourites – RM14.99

image is not available

Servis penstriman dan aplikasi mudah alih juga boleh dilanggan pada harga lebih rendah:

  • Disney+ Hotstar – RM18.30
  • Viu Premium – RM8.40
  • iQiyi – RM8.90
  • WeTV – RM10.50
  • Simply South – RM10.80
  • ZEE5 – RM10.80
  • Qalbox by Muslim Pro – RM9.50

View Original Article