Astro One Sports Dan Epic Pack Ditawarkan Pada Harga Promosi Sehingga April 2026

EntertainmentSales & Promo
9 Feb 2026 • 10:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Astro menawarkan pakej Astro One terpilih dengan harga promosi bermula sekarang hingga 30 April 2026. Tawaran ini terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada yang ingin mendapatkan hiburan dengan nilai lebih baik serta pilihan yang fleksibel mengikut keperluan masing-masing.

image is not available

Melalui promosi ini, Astro One Sports Pack ditawarkan pada harga RM69.99 sebulan (harga asal RM99.99) dan disertakan dengan Kids Pack percuma yang bernilai RM9.90. Sementara itu, Astro One Epic Pack ditawarkan pada harga RM159.99 sebulan (harga asal RM199.99). Pakej ini menghimpunkan filem, siri, sukan serta kandungan kanak-kanak, di samping akses kepada lapan aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, Prime Video, iQIYI dan beIN Sports.

image is not available

Selain itu, pelanggan boleh menikmati pelbagai kandungan popular seperti One Piece 2 di Netflix, Made in Korea di Disney+, Love in Red Dust di iQIYI serta siri Astro Original Bad Cop. Aksi Liga Perdana Inggeris musim 2025/26 dan kejohanan utama BWF turut tersedia secara langsung. Promosi ini boleh diakses dengan mudah sama ada melalui pendaftaran baharu atau naik taraf pakej di Astro Authorised Exclusive Partner dan lain-lain.

Proses pemasangan juga mudah dengan caj standard RM50 untuk pelanggan baharu dan RM49 untuk pelanggan sedia ada. Bagi mereka yang memilih pemasangan Plug-and-Play, ia ditawarkan tanpa sebarang kos tambahan.